Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

2,000 pekerjaan PMET diwujudkan dalam industri elektronik jelang 2020

Nilai tambah industri adalah sekitar S$4.18 bilion pada tahun 2015, menurut SPRING Singapore.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Sep 2017 10:58AM Dikemas Kini : 20 Sep 2017 10:47PM

SINGAPURA: Sekitar 2,000 pekerjaan untuk para karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) akan diwujudkan dalam sektor elektronik menjelang 2020 sebagai sebahagian daripada rancangan perubahan industri yang dilancarkan pada hari ini (20 Sep).

Pelan itu juga bermatlamat untuk membantu syarikat-syarikat memikat pelaburan dengan komponen yang bernilai tinggi dan mengembangkan sektor elektronik supaya berupaya menjana nilai tambah sekitar S$22.2 bilion menjelang 2020.

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran.

Nilai tambah industri adalah sekitar S$4.18 bilion pada tahun 2015, menurut SPRING Singapore.

"Industri elektronik telah, dan akan terus menjadi, sektor utama pertumbuhan ekonomi Singapura," kata Encik Iswaran. Pada tahun 2016, sektor ini menyumbang 4.4 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), menjana nilai sebanyak S$90 bilion dalam pengeluaran perkilangan dan menyediakan pekerjaan untuk sekitar 70,000 pekerja.

Pemerintah mengumumkan beberapa rancangan untuk melakar rancangan perubahan industri untuk lebih 20 sektor semasa Belanjawan 2016 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada bulan Mac lalu.

PELUANG PERTUMBUHAN DALAM BIDANG BARU

Memandang ke hadapan, Encik Iswaran berkata bahawa alat mudah alih akan terus memacu pertumbuhan dalam sektor tersebut tetapi bidang-bidang baru seperti kenderaan tanpa pemandu, kecerdasan buatan dan jagaan kesihatan akan banyak bergantung kepada elektronik. Syarikat-syarikat elektronik perlu mempertingkat keupayaan masing-masing dan berinovasi untuk menembusi bidang-bidang baru itu, tambah beliau.

Encik Iswaran berkata bahawa kemunculan pengilangan maju juga akan mengubah cara syarikat-syarikat elektronik beroperasi dan mewujudkan pekerjaan baru untuk jawatan seperti jurutera sistem dan teknisyen automasi.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan