Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

16 hotel akan dapat bantuan beroperasi dengan tenaga kerja terhad

Sebanyak 16 buah hotel akan mendapat bantuan agar dapat beroperasi dengan jumlah pekerja yang terhad.

Anggaran Waktu Membaca:
16 hotel akan dapat bantuan beroperasi dengan tenaga kerja terhad

Hotel Crowne Plaza Changi Airport, antara 16 hotel yang akan menyertai "Lean Hotel Initiative". (Gambar: Facebook/Crowne Plaza Hotels & Resorts)

Diterbitkan : 22 Mar 2017 07:53PM Dikemas Kini : 22 Mar 2017 07:58PM

SINGAPURA: Sebanyak 16 buah hotel akan mendapat bantuan agar dapat beroperasi dengan jumlah pekerja yang terhad.

Ia sejajar dengan satu daya usaha baru yang membimbing hotel-hotel meningkatkan daya penghasilan dan mengekalkan pertumbuhan.

Daya usaha "Lean Hotel Initiative" itu adalah satu kerjasama antara "Workforce Singapore" dengan syarikat perunding cara McKinsey & Company.

Di bawah program empat bulan itu, hotel-hotel akan belajar dan mengamalkan kaedah-kaedah diagnostik bagi menilai prestasi operasi, menghasilkan huraian dan melaksanakan pelan mereka.

Syarikat McKinsey akan juga menawarkan bilik dan tempat latihan bagi kakitangan hotel mengenali dengan lebih dekat lagi amalan-amalan baru itu.

Workforce Singapore juga menanggung sebahagian kos program tersebut.

Menteri Negara Tenaga Manusia Teo Ser Luck yang hadir siang tadi (22 Mac) berkata adalah penting bagi perusahaan mengamalkan kaedah-kaedah beroperasi dengan jumlah pekerja yang terhad, dalam menghadapi cabaran persaingan dan masalah tenaga kerja. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan